Monday, June 17, 2013

Lagi Masalah Haid Bagi Jemaah Wanita Yang Sedang Berihram

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه


Assalamu'alaikum wbt

Baru-baru ni saya mendapat satu email daripada seorang jemaah yang bertanyakan tentang masalah haid semasa umrah. Saya rasa elok saya kongsikan masalah tersebut di sini sebagai panduan kepada bakal-bakal jemaah wanita yang akan melakukan umrah atau haji pada masa hadapan.  Saya harap posting saya ini tidak disalah anggap untuk memalukan si pengirimnya.


Email tersebut (setelah diedit) adalah seperti berikut:
Salam. Ustaz, saya telah menunaikan umrah. Kami masuk ke Mekah dahulu. Pada masa tersebut saya dalam keadaan uzur hari ke 8. Tetapi saya tetap berniat ihram biasa. Pada hari ke 10 darah masih lagi keluar. Ada seorang ustaz memberitahu kalau darah keluar melebihi daripad kebiasaan haid maka ia dikira sebagai istihadah. Kebiasaannya haid saya akan kering pada hari ke 7. Maka pada hari ke 10 saya mandi wajib dan mengerjakan umrah walaupun pada masa itu darah masih ada lagi. Sekarang saya dah balik ke Malaysia. Persoalannya betul tak pendapat ustaz tersebut yang mengatakan darah itu adalah darah istihadah? Kalau ia masih lagi di kira haid adakah saya masih lagi dalam keadaan berihram dan apa yg perlu saya lakukan ustaz? Mohon penjelasan drpd ustaz.
Bagi memudahkan kita memahami perkara di atas, saya perincikan turutan peristiwa sebagai berikut:

M1. Jemaah berniat ihram umrah (bukan ihram bersyarat) di miqat pada hari ke-8 haid dan masuk Makkah. Ini hari pertama di Makkah.

M2. Hari ke-3 berada di Makkah jemaah masih lagi uzur (haid masuk hari ke-10). Jemaah mandi wajib, tawaf, saie dan bergunting walaupun darah haid masih ada sebab menyangka bahawa darah tersebut ialah darah istihadah.


M3. Jemaah balik ke Malaysia. Apakah jemaah tersebut masih berihram atau tidak?


Jawapan saya:

J1: Menurut Imam Syafi'e, tempoh haid yang paling lama bagi seseorang wanita ialah selama 15 hari. Jika pada hari ke-16 dia masih lagi keluar darah, maka darah itu tidak dikira sebagai darah haid, sebaliknya sebagai darah istihadhah.

J2: Pada hari ke-3 berada di Makkah, jemaah tersebut haidnya baru masuk hari ke-10, dan darah tersebut bukanlah darah istihadah.  Oleh yang demikian, tawaf jemaah tersebut tidak sah. Begitu juga dengan sai'e, serta bergunting untuk tahallulnya tidak sah. Ini bermakna jemaah tersebut masih lagi dalam berihram. Oleh kerana beliau telah bergunting rambut selepas saie tersebut, maka beliau dikenakan dam takhyir dan taqdir iaitu menyembelih seekor kambing, atau bersedekah kepada 6 orang fakir miskin setiap seorang 2 cupak, atau berpuasa selama 3 hari.

J3: Oleh kerana jemaah tersebut telah balik ke Malaysia, maka untuk keluar daripada ihram, jemaah tersebut perlu membayar dam ihsar iaitu:

        1. Menyembelih seekor kambing dan kemudian bergunting rambut dengan niat tahallul. Daging sembelihan itu hendaklah diagihkan kepada penduduk tempatan.  

            2. Jika tidak mampu, hendaklah membeli makanan dengan nilai seekor kambing dan bergunting dengan niat tahallul, dan makanan itu dibahagikan kepada fakir miskintempatan.


            3.  Jika tidak mampu juga, hendaklah berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengannilai seekor kambing (1 cupak=1 hari) danbergunting dengan niat Tahallul.  Dengan berpuasa dan bergunting dengan niat Tahallul ihsar itu, maka terhasillah Tahallulnya sekalipun bilangan hari puasanya belum selesai.

J4: Setelah suci daripada haid dan mandi hadas, ia hendaklah kembali semula ke Makkah untuk menyempurnakan amalan umrahnya iaitu tawaf, saie dan tahallul. 

Niat semasa menyembelih kambing: "Aku menyembelih kambing ini sebagai Dam Ihsar untuk Tahallul Nusuk bagi diriku."

Niat semasa bergunting: "Aku bergunting bagi Tahallul Nusuk bagi diriku."


Wallahu'aklam. Jika maklumat di atas tidak betul harap tolong betulkan.


Sekian, wasalam.

Friday, May 24, 2013

DAP dan PAS Berebut Exco Selangor?


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه

Al-kesah selepas PR menang di Selangor dalam PRU13 maka hebohlah akhbar-akhbar arus perdana yang sudah semestinya pro BN mencanangkan di seantero Malaysia bahawa PAS dan DAP berebut kerusi exco di Selangor.  Tujuan mereka berbuat demikian, tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk melaga-lagakan penyokong PR dan juga untuk memburuk-burukkan imej PR yang kununnya pemimpin-peminpin PR macam budak-budak berebut gula-gula - tamak dan tidak boleh bersepakat.


Maka kedengaranlah komen dan kata-kata yang kurang enak yang dilemparkan oleh penyokong-penyokong UMNO/BN sana sini dalam media sosial.  Sedikit sebanyak dakyah mereka ini termakan juga oleh pengundi atas pagar yang menerima bulat-bulat maklumat yang disogokkan kepada mereka. 

Ketahuilah, sebenarnya kebanyakan ahli-ahli politik PR sudah matang untuk menangani isu-isu sebegini yang diumpamakan sebagai menarik rambut di dalam tepung. Penjelasan daripada YB Khalid Samad menunjukkan betapa telitinya pemimpin PR dalam mengatasi isu ini.

Sumber: Harakahdaily

Isu Exco Selangor: DAP dan PAS bergaduh?

Khalid Samad,20 Mei 2013
Maka riuhlah media arus perdana milik BN yang ingin sangat memberikan gambaran bahawa DAP dan PAS sedang bergaduh bagi merebut kerusi exco di Selangor. Dikatakan DAP inginkan empat kerusi exco dan begitu juga PAS! Hakikat sebenarnya, tiada siapa yang sedang berebut apatah lagi sedang bergaduh. Begitu juga isunya tempoh hari berhubung jawatan MB. Cuma ‘rebut’ rekaan mereka sahaja.

Masalah sebenar

Sebenarnya masalahnya terletak pada jumlah kerusi exco yang ada hanya 10. Sedangkan parti-parti dalam PR ada 3. Jumlah kerusi yang dimiliki setiap parti pula lebih kurang sama, berbeza dengan tahun 2008. Pada tahun 2008, apabila PAS hanya memengangi 8 kerusi, DAP 13 dan PKR 15 (pada asal), maka agihan kerusi exco lebih mudah. Jelas siapa patut mendapat lebih dan siapa kurang. Maka dipersetujui pada 2008 PKR mendapat jawatan MB dan 4 exco dan DAP pula 3 exco dan jawatan Speaker. PAS yang mendapat 8 kerusi DUN diberikan 3 kerusi exco, iaitu jumlah yang sebenarnya melebihi nisbah kerusi yang ada pada PAS pada ketika itu. Maka isu agihan diselesaikan tanpa perbincangan panjang.

Kali ini, suasananya agak berbeza. Ketiga-tiga parti mendapat jumlah kerusi yang boleh dikatakan sama. Maka timbul persoalan bagaimana dibahagikan 10 kerusi di antara 3 parti? Mustahil untuk setiap parti memegang 3.333 kerusi exco! Oleh itu pecahannya semestinya 3, 3 dan 4. Oleh itu dipersetujui bahawa parti yang mendapat MB akan mendapat hanya 3 kerusi exco. Begitu juga yang mendapat jawatan Speaker. Parti yang tidak memegang jawatan MB atau Speaker sahaja akan mendapat 4 kerusi exco.

Jawatan MB dan Speaker dibawa masuk dalam perkiraan ini untuk menjadikan jumlahnya keseluruhannya 12 supaya dapat dibahagi 3 dengan tepat. Maka setiap parti dapat 4, termasuk jawatan MB dan Speaker.

Speaker dari DAP atau PAS?

Oleh kerana PKR mendapat jawatan MB, maka PKR mendapat 3 kerusi exco. Maka agihan untuk PKR selesai. Yang tinggal hanyalah PAS dan DAP. Maka dinyatakan oleh DAP bahawa mereka telah memegang jawatan Speaker sudah 5 tahun. Maka kalau boleh DAP minta PAS pula memegang jawatan Speaker untuk penggal ini.

Bagi pimpinan PAS permintaan ini tidak merupakan masalah besar. Kita faham bahawa semua exco perlu laksanakan dasar PR dan bukan dasar parti masing-masing. Ini adalah kerana yang memerintah adalah kerajaan PR dan bukannya kerajaan parti masing-masing. Maka siapa sekalipun menjadi exco, dia akan terikat dengan dasar yang ditetapkan oleh PR secara bersama. Oleh itu tawaran supaya PAS pegang jawatan Speaker dan 3 exco tidak ditolak mentah-mentah.

Jawatan Speaker ada yang anggap tidak penting. Sekiranya benar, mengapa di Perak BN bersusah-payah membawa polis masuk ke dalam DUN dan heret Speaker dan menguncinya di dalam bilik stor? Ini bukti bahawa kerusi Speaker begitu penting untuk menguasai DUN.

Sikap PJ PAS Selangor: Dr Rani

Saya merasa cukup senang dan selesa dengan sikap PJ PAS Negeri Selangor dalam soal sebegini. Beliau faham bahawa bukan jawatan yang ingin direbut. Dan bagi PAS, yang penting adalah untuk memikat hati rakyat, bukan ingin tunjuk betapa gahnya PAS dengan bilangan kerusi exco atau sebaliknya. Maka mencari penyelesaian yang adil sambil mengambil kira suasana dan keadaan adalah yang diutamakan. Ini adalah kerana apa yang diinginkan ialah kerajaan dibentuk dengan kadar segera supaya boleh mula berkhidmat pada rakyat. Bukan bergaduh mengenai jawatan.

Dalam pada itu, tidak dapat tidak perbandingan dibuat dengan PJ Negeri yang lama. Jauh sangat bezanya dengan sikap PJ lama, berkata seorang hamba Allah. Kalau PJ lama sudah hampir pasti kita berperang! 8 kerusi pun mahu jadi MB, apatah lagi dengan 15 kerusi!

Maka dijawab kepada DAP bahawa PAS boleh merima tawaran tersebut, di atas semangat setia-kawan dan mengenangkan betapa DAP menyokong cadangan PAS diberi 3 kerusi exco pada tahun 2008 walaupun PAS hanya berhak untuk mendapat 2 berdasarkan jumlah kerusi ADUN yang dimengangi ketika itu. Tetapi telah pun dijelaskan bahawa akhirnya ianya akan tertakluk juga kepada pandangan DYMM Sultan Selangor.

Pandangan DYMM Sultan Selangor

MB akan mengadap Sultan dan membawa cadangan pembentukan exco seramai 10 orang. Pada masa yang sama, kami difahamkan bahawa DYMM Sultan ingin melihat exco terdiri dari 6 Melayu dan 4 bukan-Melayu. Ini berbeza dengan 2008 di mana exco terdiri dari 5 Melayu dan 5 bukan-Melayu. Perbezaan ini adalah hasil dari jumlah kerusi majoriti Melayu yang memihak pada PR telah bertambah. Dahulu UMNO 18 kerusi, sekarang hanya 12. PAS sendiri pun sudah ada 15, mengatasi UMNO, ini belum di ambil kira lagi kerusi yang ada pada PKR.

Sekiranya permintaan DYMM Sultan adalah 6 Melayu dan 4 bukan-Melayu, maka agak sukar untuk diberikan 4 kerusi exco kepada DAP. Ini kerana, kalau diberikan 4 kerusi exco pada DAP, maka semua exco bukan Melayu adalah dari DAP dan ini akan menyulitkan PKR. PKR terpaksa melantik semua exco Melayu dan ini akan menjadi masalah bagi PKR kerana mereka juga mempunyai ahli dan penyokong bukan-Melayu yang ramai. Dan sepertimana yang kita semua sedia maklum, beberapa ADUN PKR adalah bukan-Melayu. Dalam keadaan seperti itu, maka DAP perlu menerima tawaran jawatan Speaker dan 3 exco supaya 1 exco bukan-Melayu boleh dilantik oleh PKR.

Dalam erti-kata lain, DAP hanya boleh mendapat 4 kerusi exco sekiranya terdapat 5 exco bukan-Melayu. Dalam keadaan itu PKR masih boleh melantik seorang exco bukan-Melayu dari PKR. Sekiranya bukan-Melayu hanya 4 orang dalam exco, maka DAP perlulah merima 3 exco dan Speaker supaya 1 exco bukan Melayu tetap dapat dilantik dari PKR.

Maka dipersetujui bersama bahawa MB akan berusaha untuk mendapat persetujuan DYMM Sultan supaya dikekalkan jumlah exco bukan-Melayu sebagai 5 dan exco Melayu juga 5 supaya DAP boleh mendapat 4 kerusi exco. Walau bagaimanapun, sekiranya DYMM Sultan tetap dengan pendiriannya, maka MB wajar menerimanya dan akur dengan kehendak DYMM Sultan. Sekiranya ini berlaku, maka DAP akan diminta menerima tawaran Speaker dan 3 exco sambil tawaran 4 exco akan diserah kepada PAS.

Kesimpulan

Ini merupakan pertimbangan yang dilakukan dalam suasana persahabatan dan kerjasama yang baik dan mantap sepertimana yang telah terjalin sejak sekian lama. Semua memahami bahawa perjuangan ini bukan untuk jawatan tetapi untuk membentuk kerajaan yang adil, telus dan berkebajikan untuk rakyat negeri Selangor secara khususnya. Isu jumlah kerusi exco tidak dijadikan sebab berbalah. Hanya media BN sahaja yang mereka cerita bagi cuba menutup kepincangan yang berlaku pada PRU13.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Saturday, May 18, 2013

Ambil Risiko - Ada Berani Ka?



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه


Antara berani dengan tidak, hari ini saya ambil risiko memuat turun perisian Aimersoft Videoconverter sebab saya nak convert video file format .DAT kepada .AVI untuk membolehkan saya edit video dalam  Movie Maker.  Nasiblah kalau ada spyware atau malware.



Hijrah ke negara republik jika enggan terima sistem negara - Zahid Hamidi


KUALA LUMPUR 16 Mei - Pembangkang perlu berhijrah ke negara yang mengamalkan sistem republik jika mereka mahu menjadikan hujah undi popular sebagai alasan enggan menerima hakikat kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu - Zahid Hamidi

Sumber:  Utusan Malaysia 17/5/2013


Ulasan aku: 

"Orang Umno perlu berhijrah ke dunia lain selain daripada dunia yang dicipta oleh Allah jika enggan tegakkan hukum Allah di Malaysia ini."

Wednesday, May 8, 2013

Suasana Mengundi PRU13 Di UPU Bandar Baru Bangi


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه


Ini gambar-gambar sekitar hari mengundi 
5 Mei 2013 di Bandar Baru Bangi

Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi Jalan 2


Tengah posing

Orang sakit lutut terpaksalah duduk.
Kerusi tu dibawa dari Melaka

Masa tahun 1990an makcik-makcik 
ni jadi perayu undi.

Saluran orang muda

Saluran orang lama - saluran 1

Saluran 2 atau 3 aku tak sure pulak

Kat pintu masuk

IC sedang disemak - ada rupa bangla ka?

 Depan khemah penyokong PAS

Dalam khemah petugas PAS

 Pengundi India datang menjenguk 
beri sokongan moral

Dalam khemah penyokong BN

Hanya ada dua orang kanak-kanak
volunteer bertugas depan pondok BN

 Anak muda ini bersemangat
mengibarkan bendera PAS

Penyokong-penyokong BN langsung tidak kelihatan

 Baru nampak petugas BN 
kat jalan ke Sekolah Men BBB rupanya.
Kat pusat mengundi seksyen 7 BBB

Keputusan:

 = 29,200 = 17,362

Majoriti: 11,838

Entri sebelum ini: PRU13 Saya Mengundi di Bangi

PRU13 Aku Mengundi Di Bandar Baru Bangi (BBB) - Anda Mengundi Di Mana?



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه




Hari mengundi 5 Mei 2013


Interlude: Pada hari penamaan calun 20 April 2013

Bila aku belek-belek gambar hari penamaan calon pada 20 April 2013, pada perkiraan aku, aura Ustaz Mohd. Shafie (PAS) mengatasi aura Dato' Mohd Zaidi (BN). Aku agak bilik penamaan calun tu mesti ada penghawa dingin (aircond), tapi aku tengok Dato' Mohd Zaidi berpeluh semacam jer. Tangannya pulak dah mula nak digenggam. Hati-hati ustaz.

Baju kuning - Ustaz Mohd. Shafie Ngah (PAS)
Baju Biru - Dato'  Mohd Zaidi Md. Zain (BN)

Nampak gayanya aura Ustaz Mohd Shafie memang kuat dan turut digeruni oleh Datuk Yap Pian Hon,  iaitu  calon BN Parlimen Serdang. Bunga-bunga kemenangan sudah mula kelihatan memihak kepada Ustaz Mohd Shafie.


Dato', itu  Ustaz Mohd Shafie bukan tok mudim lah. Apa pasal takut?

So itulah penilaian awal aku - bahawa pada PRU13 nanti insyaAllah Ustaz Shafie akan dapat mempertahankan DUN Bangi bagi pihak PAS.

Sejak dari hari penamaan calun hinggalah ke malam 4 Mei 2013, bertubi-tubi sms masuk ke dalam hp aku daripada pihak BN sehingga meluat aku dibuatnya. Aku hairan macam mana mereka boleh tahu nombor hp aku?  Celcom ke atau Pejabat Pendaftaran Negara punya angkara? Mana boleh senang-senang reveal orang punya nombor hp?


Hari Mengundi 5 Mei 2013

Pada PRU13 hari tu aku mengundi di Bandar Baru Bangi.  Orang lain sibuk balik kampung, aku pulak sibuk balik bandar. Ha ha ha. 

Bandar Baru Bangi (BBB) ni nostalgia bagi aku. Kat sinilah aku tinggal masa mula-mula kerja kat PUSPATI (Pusat Penyelidikan Atom Tun Dr. Ismail). Kemudian sempat beli rumah kat Jalan 2/4C. Anak-anak aku sekolah kat Sekolah Kebangsaan BBB Jalan 2. Then kat sinilah aku pertama kali memangkah dalam pilihanraya PRU7 tahun 1986. Masa PRU6 tahun 1982 aku tak sempat mengundi sebab masa tu aku tinggal di Kuching, Sarawak. Pada tahun 1986, Bandar Baru Bangi terletak dalam DUN Sungai Merab dalam Parlimen Sepang. Keputusan pilihanraya masa tu tidak memihak kepada PAS. 

Then PRU8 pada tahun 1990, aku mengundi lagi kat sini. Bunga-bunga kemenangan sudah mula nampak. Walaupun DUN Sungai Merab BN yang menang, tetapi  PAS menang di Peti Undi Bandar Baru Bangi. Masa tamat tempoh mengundi jam 5.00 ptg, berpuluh-puluh buah kereta yang dipandu oleh penyokong-penyokong BN konvoi berarak kunun meraikan kemenangan BN di UPU Bangi. Tup tup PAS menang di UPU Bangi - malu besar depa.  Yang memenangkan BN ialah orang-orang Kg. Sungai Merab.

Pada PRU9 tahun 1995 aku masih tinggal di Bandar Baru Bangi. Tanpa jemu aku pangkah lagi ABCD (Asal Bukan Cap Dacing). Masa tu Bandar Baru Bangi masuk dalam DUN Kajang, dalam Parlimen Hulu Langat. Masa tu PAS hanya menang 2 saluran saja kat UPU Sekolah BBB Jalan 2 ni.

Dalam PRU10 1999 aku dah berpindah ke Melaka, tetapi mengundi tetap di Bandar Baru Bangi. BBB Masih lagi DUN Kajang dan Parlimen Hulu Langat. Kali ini PAS yang diwakili oleh Dr. Shafie Abu Bakar menang di DUN Kajang dengan majoriti 37 undi. Aku bersyukur kerana 2 undi dari aku suami isteri dapat membantu PAS menang di DUN Kajang.  Barulah aku merasa betapa nikmatnya bila menang dalam pilihanraya. Alhamdulillah.

Dalam PRU11 2004, masa tu Pak Lah jadi PM. Bandar Baru Bangi diletakkan di bawah DUN Bangi, Parlimen Serdang. Wakil PAS masa tu still Dr Shafie bertanding melawan wakil BN Dr Amran Kasimin - anak murid TG Dato' Dr. Haron Din Orang BBB chop Dr Amran derhaka dengan tuan guru. PAS kalah kepada BN sebanyak 3708 undi.

Dalam PRU12 2008, aku mengundi lagi kat BBB. Dr. Shafie Abu Bakar masih lagi diberi kepercayaan mewakili PAS DUN Bangi melawan Mohd Fathil Daud calon BN.  Alhamdulillah, PAS menang semula dengan majoriti 6192 undi.

Dalam PRU13 2013, aku tanpa jemu memecut ke BBB lagi. Kali ini yang bertanding ialah Ustaz Mohd. Shafie Ngah melawan calon BN Dato'  Mohd Zaidi Md. Zain @ Zakaria . Alhamdulillah Ustaz Shafie (PAS) menang dengan majoriti yang lebih besar iaitu sebanyak 11,838 undi. Syabas Ustaz Mohd. Shafie.

PRU14 201? aku tak tahu nak mengundi kat mana. Entah-entah sudah kembali menemuai Allah SWT. Kalau umur aku masih panjang, harus aku mengundi di Melaka untuk tambah bilangan undi kat Melaka pulak.

Ok, cukuplah setakat ni dulu. Lihat entri saya berikutnya: Suasana Mengundi PRU13 Di UPU Bandar Baru Bangi.

Wasalam.

Tuesday, May 7, 2013

Tolong! Ada Sesiapa Jumpa Sedara Saya Yang Hilang Ni?

Assalamu'alaikum wbt.

Ada orang tak suka video yang saya tepek kat sini sebelum ini.  Oklah saya keluarkan video tersebut. 

Gambar kat kawah masih releven. 
Ini dia gambar sedara saya yang hilang tu.


I Love PM


Yang ini sorang lagi.




Sunday, May 5, 2013

Ya Allah, Bantulah Kami

Segala puji adalah tertumpu kepada Allah Tuhan seru sekelian alam.
Selawat dan salam ku ucapkan kepada Nabi junjungan, Muhammad S.A.W.
Ya Allah, Tuhan Yang Bersifat Maha Lembut. 
Tiada siapa lagi kami hendak mengadu.
Hamba-Mu yang dhaif ini memohon pertolongan-Mu
Agar Engkau menangkan Islam di bumi Malaysia ini dalam PRU13 ini
Ya Allah, Engkau perkenankanlah doa kami.



Maha suci-Mu Ya Allah dari apa yang mereka sekutukan.
Dan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W. dan para rarul-rasulMU
Dan segala pujian adalah ditujukan kepada Tuhan sekelain Alam.

Amin, Ya Rab al 'alamin.

TG Dato' Dr. Haron Din - Mencari Redha Allah

Jom Dengar!